Kekal terhidrat sangat penting untuk kesihatan tetapi adakah anda tahu ada masa yang tepat untuk minum air dan mendapat manfaat yang maksimum?
Menanyakan ‘bila hendak minum air’ mungkin kelihatan seperti soalan remeh. Adakah masalah besar untuk mempunyai masa tertentu hanya untuk minum air? Sama ada anda seorang “kaki tv” atau seseorang yang mementingkan aspek kecergasan, anda perlu minum air. Dan jika anda mementingkan kesihatan, kami mengesyorkan agar anda terus membaca untuk mengetahui lebih banyak mengenai masa terbaik untuk sentiasa terhidrat.
Jadi, bilakah masa terbaik untuk minum air?
Setelah bangun tidur
Minum segelas air selepas bangun pagi membantu membuang toksin dari sistem anda dan menyelesaikan masalah kesihatan seperti sembelit, gastritis, kembung, dan pelbagai penyakit pencernaan.
Sebelum makan
Minum segelas air tulen 30 minit sebelum makan tengah hari atau makan malam dapat meningkatkan kemampuan pencernaan anda. Tabiat menghidratkan ini juga membantu mengurangkan berat badan kerana mengurangkan selera makan dan membantu pencernaan.
Sebelum bersenam
Badan yang ternyahhidrat mudah mengalami kekejangan otot. Minum air sebelum bersenam dapat mencegahnya serta membantu menjaga kelembapan sendi dan mengekalkan suhu badan anda.
Selepas bersenam
Bersenam membuatkan anda berpeluh, yang bermaksud badan anda kehilangan banyak air. Pastikan anda terhidrat dengan air atau isotonik selepas bersenam untuk mengisi cecair dan elektrolit yang hilang semasa anda bersenam.
Apabila anda penat
Penyahhidratan boleh membuatkan anda merasa letih dan lemah. Apabila anda merasa sangat lesu dan tidak produktif, pastikan anda minum sedikit air untuk meningkatkan tahap tenaga anda.
Apabila anda merasa dahaga
Apabila kita merasa dahaga, kita cenderung mencari apa jua minuman untuk memenuhi keperluan itu. Elakkan soda, kopi atau teh yang boleh mengeringkan badan anda dan menambah kalori. Sebaliknya, cubalah air tulen (H2O). Anda pasti akan rasa ianya lebih baik berbanding minuman lain.
Sebelum tidur
Minum air secukupnya dan jaga jarak masa yang cukup sebelum tidur untuk memberi sistem anda masa yang cukup untuk menyingkirkan toksin dalam badan dan memastikan tubuh sentiasa terhidrat.