Air adalah jantung (dan jiwa) semua makhluk hidup di Bumi. Manusia dapat bertahan selama beberapa minggu tanpa makanan pejal tetapi tidak boleh bertahan lama tanpa air. Ianya juga sama seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jadi kenapa air yang bersih dan elok sukar ditemui?

Jika anda berpendapat bahawa mineral di dalam air mineral merupakan manfaat tambahan dalam air minuman, fikirkan sekali lagi!

Mineral-mineral di dalam air adalah tidak organik, tidak seperti mineral-mineral organik yang dijumpai di dalam sumber makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang senang diserap oleh badan kita. Dalam jangka hayat 70 tahun, anda mungkin telah termakan kira-kira 200 hingga 300 paun batu-batan yang tidak dapat digunakan oleh badan anda!

Lebih teruk lagi, mineral-mineral tidak organik yang tidak disingkirkan dari badan kita mungkin berakhir sebagai batu karang ginjal, batu karang hempedu, malah mungkin

menyebabkan pengerasan dan penyekatan arteri-arteri kita! Kenapa membahayakan kesihatan anda apabila anda boleh membuat pilihan yang tepat?

Kuantiti berbanding kualiti

Minum air tulen bukan sahaja menghilangkan dahaga tetapi juga menjaga tubuh dalam keadaan baik. Namun, minum air dengan jumlah yang betul tidak mencukupi. Menurut WHO, untuk kekal sihat dan terhidrat, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.

Selain minum air yang mencukupi, ia juga penting untuk memastikan bahawa air yang kita minum bersih dan selamat. Untuk memastikan tubuh manusia berfungsi dengan lancar, seseorang mesti mimum air tulen tanpa bahan cemar di dalamnya. Penulen air RO dapat memastikan air minuman yang selamat dan sihat untuk anda dan keluarga.

Air tulen dengan Elken Bio Pure

Bio Pure yang memenangi anugerah menggunakan teknologi Osmosis Songsang untuk menyingkirkan hampir kesemua pencemar, termasuk mineral tidak organik, logam dan garam, membekalkan air tulen bila bila masa sahaja.

  • Menyingkirkan pencemar sehalus 0.0001 mikron
  • Sistem penulenan air 5 tahap
  • Anugerah Emas untuk Jenama Paling Dipercayai Readers’ Digest 2008-2010. Satu-satunya system yang dihasilkan di Asia yang disijilkan dengan Mohor Emas WQA S300 oleh Persatuan Kualiti Air
  • Kualiti produk disijilkan oleh pakar-pakar antarabangsa dan diakui oleh media dan pihak berkuasa
  • Disokong oleh rangkaian servis dan sokongan yang terbesar di Asia Tenggara, dengan lebih daripada 150 jurutenik profesional terlatih
  • Menghasilkan H2O sempurna yang dinikmati

Dahaga? Masa untuk menuangkan segelas air tulen. Dengan Elken Bio Pure, anda tidak akan sukar mencari air minuman yang bersih. Pastikan gelas anda sentiasa separuh penuh!

Share this article