Tubuh badan kita memberi isyarat rasa haus tidak hanya apabila mengalami mulut kering, kulit kering, air kencing berkurang dan sembelit. Adakah anda tahu bahawa tanda-tanda ini tidak semestinya menunjukkan adanya penyakit, melainkan anda megalami penyahhidratan?

Sakit-sakit badan
Dehidrasi boleh menyebabkan sakit sendi kronik, sakit kepala dan ulser gastrik. Badan kita memerlukan air tulen untuk membawa sisa berasid keluar dari sel. Apabila air tidak mencukupi, saraf kita akan mentafsirkan lebihan asid yang tersisa sebagai sakit.

Keletihan
Kehilangan air sebanyak 1.5% boleh menyebabkan penurunan fungsi kognitif, sakit kepala dan keletihan manakala kehilangan air sebanyak 5% akan menyebabkan kehilangan tenaga sebanyak 25-30%.

Alahan & Asma
Dehidrasi kronik mencetuskan pelepasan histamin pada penghidap asma, yang boleh menyebabkan keradangan dan penyempitan bronkus.

Masalah Pencernaan
Klorin dalam air paip boleh memusnahkan mikroflora dalam usus, mengakibatkan kembung dan pencernaan lebih perlahan.
Jadi, apabila anda merasa tidak sihat, anda harus meminum segelas air sebelum pergi ke klinik yang berdekatan.

Share this article