Ramai orang menyedari keperluan vitamin dan mineral untuk kesihatan yang baik. Oleh kerana mineral secara semula jadi terdapat dalam makanan dan air, ini menyebabkan beberapa orang menyimpulkan bahawa air minum adalah sumber mineral yang baik kerana ia mengandungi pelbagai mineral. Tidak banyak diketahui orang, tidak semua mineral dalam air baik untuk kesihatan. Sebenarnya, beberapa mineral benar-benar berbahaya untuk kesejahteraan kita.
Mari kita perhatikan beberapa mineral yang terdapat secara semula jadi di dalam air.
Mineral Yang Bermanfaat | Mineral & Sebatian Berbahaya | ||
Mineral | Fungsi | Mineral | Fungsi |
Kalsium | Penting untuk pertumbuhan dan kekuatan tulang, pembekuan darah, pengecutan otot, dan penghantaran isyarat saraf | Fluorida | Meningkatkan risiko osteoporosis, merosakkan sistem muskuloskeletal dan saraf, menyebabkan pergerakan sendi menjadi terhad, degenerasi otot dan mengakibatkan defisit neurologi |
Magnesium | Membantu dengan irama jantung, fungsi otot dan saraf, kekuatan tulang | Nitrat | Peningkatan risiko sindrom bayi biru |
Kalium | Penting dalam menjaga keseimbangan cairan normal, membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko batu karang | Arsenik | Pendedahan jangka panjang boleh menyebabkan penyakit jantung, rabun malam dan arsenikosis. Keracunan arsenik akut boleh menyebabkan koma dan kematian |
Natrium | Penting untuk keseimbangan cairan | Plumbum |
Keracunan plumbum boleh merosakkan otak dan sistem saraf, perut dan buah pinggang. Ia juga meningkatkan risiko dementia degeneratif dan tekanan darah tinggi |
Terdapat banyak perdebatan dalam komuniti saintifik mengenai kegunaan mineral tak organik yang terdapat secara semula jadi di dalam air berbanding mineral organik yang terdapat dalam makanan seperti daging, sayur-sayuran dan bijian. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa kesan bahaya mineral yang merosakkan jauh lebih besar daripada manfaat mineral baik yang terdapat dalam air paip.
Anda dengan mudah dapat memenuhi keperluan mineral melalui makanan. Sebagai contoh, segelas susu mengandungi lebih banyak kalsium daripada 15 gelas air paip biasa. Sekiranya terdapat peningkatan keperluan mineral atau kekurangan mineral, seperti peningkatan keperluan zat besi oleh wanita hamil, pengamal kesihatan selalu mengesyorkan suplemen sebagai tindak balas yang berkesan dan cepat.
Sekiranya mineral bermanfaat boleh didapati dengan mudah melalui makanan dan makanan tambahan, apakah perlu mendapatkannya melalui air minuman? Oleh kerana saiznya yang kecil, agak sukar untuk menyingkirkan mineral di dalam air. Teknologi rawatan air pada masa ini tiada yang dapat memilih mineral yang bermanfaat dan menyingkirkan yang berbahaya. Ianya samada simpan semua atau menyingkirkan semua dalam kategori atau spektrum ukuran yang tertentu. Teknologi rawatan air yang dapat menyingkirkan mineral di dalam air termasuk osmosis songsang dan penyulingan.