Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, air hidrogen menjadi sebutan kerana dikatakan boleh memberi manfaat kepada kesihatan. Air hidrogen ialah air yang telah “dimasukkan” dengan gas hidrogen. Hidrogen dipercayai mempunyai sifat antioksidan dan antiradang yang boleh membantu pelbagai masalah kesihatan. Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan air hidrogen, termasuk botol air hidrogen mudah alih, penjana air hidrogen dan mesin penulenan air hidrogen.
Botol Air Hidrogen Mudah Alih:
Botol air hidrogen adalah botol air pra-pembungkusan yang telah “dimasukkan” dengan gas hidrogen. Botol ini mudah kerana ia membolehkan anda mempunyai air hidrogen semasa dalam perjalanan. Kekurangannya ialah ia boleh menjadi mahal dan mungkin tidak segar seperti air hidrogen daripada penjana atau mesin penulenan.
Kelebihan Botol Air Hidrogen Mudah Alih:
- Ianya senang digunakan dan mudah alih, membolehkan anda menikmati air hidrogen semasa dalam perjalanan.
- Ianya tidak memerlukan elektrik atau penyelenggaraan.
- Ianya tersedia dalam pelbagai kepekatan hidrogen, membolehkan anda memilih yang sesuai dengan keperluan anda.
Kekurangan Botol Air Hidrogen Mudah Alih:
- Ianya boleh menjadi mahal, terutamanya jika anda menggunakannya dengan kerap.
- Ianya menjana sisa plastik, kerana ia adalah botol sekali pakai.
- Kepekatan hidrogen mungkin berkurangan dari semasa ke semasa, kerana gas hidrogen boleh keluar dari botol.
Penjana Air Hidrogen:
Penjana air hidrogen ialah mesin yang menggunakan proses yang dipanggil elektrolisis untuk menghasilkan air yang kaya dengan hidrogen. Mesin mengasingkan hidrogen dan oksigen dalam air dan membebaskan gas hidrogen ke dalam air, menghasilkan air yang kaya dengan hidrogen. Mesin ini memudahkan kerana membolehkan anda mendapatkan air hidrogen di rumah. Kos mesin ini berbeza-beza, tetapi ia biasanya berharga diantara beberapa ratus dolar hingga seribu dolar atau lebih.
Kelebihan Penjana Air Hidrogen:
- Ianya menghasilkan air hidrogen segar atas permintaan, memastikan kepekatan hidrogen maksimum.
- Ianya membolehkan anda menyesuaikan kepekatan hidrogen mengikut kehendak anda.
- Ianya mesra alam, kerana ia tidak menggunakan botol plastik sekali guna.
- Pengunaan yang jimat kos kerana ia menghasilkan air hidrogen pada kos yang lebih rendah daripada botol mudah alih.
Kelemahan Penjana Air Hidrogen:
- Ianya memerlukan elektrik untuk beroperasi, menyebabkan tidak mudah untuk dibawa kemana-mana berbanding botol mudah alih.
- Ianya boleh menjadi besar dan memakan ruang kaunter.
- Ianya mungkin tidak menghasilkan kepekatan hidrogen yang konsisten. Kepekatan hidrogen dalam air boleh berbeza-beza bergantung kepada faktor seperti kualiti air dan tempoh proses elektrolisis. Ketidakkonsistenan ini boleh menyukarkan untuk menentukan jumlah sebenar hidrogen yang anda minum.
- Anda perlu membekalkan air suling atau air tulen untuk digunakan bersama penjana untuk menghasilkan air hidrogen yang telah tulen.
- Ianya memerlukan penyelenggaraan yang kerap, seperti membersihkan elektrod atau menggantikan penapis.
Mesin Penulenan Air Hidrogen:
Mesin penulenan air hidrogen ialah mesin yang menggunakan osmosis songsang atau sistem penapisan lain untuk menyingkirkan benda asing daripada air dan kemudian menambah gas hidrogen ke dalam air. Mesin ini sama dengan mesin penulenan air biasa tetapi mempunyai faedah tambahan untuk menghasilkan air yang kaya dengan hidrogen. Mesin penulenan air hidrogen biasanya lebih mahal berbanding mesin penulenan air biasa, tetapi ia menawarkan faedah untuk menghasilkan air hidrogen.
Kelebihan Mesin Penulenan Air Hidrogen:
- Ianya menyediakan kedua-dua air yang telah ditulenkan dan kaya dengan hidrogen.
- Ianya menyingkirkan bahan cemar dan benda asing, memastikan air minuman bersih dan selamat.
- Ianya menghasilkan air hidrogen segar atas permintaan, memastikan kepekatan hidrogen maksimum.
- Ianya mesra alam, kerana ia tidak menggunakan botol plastik sekali guna.
- Sesetengah mesin penulenan air boleh disambungkan terus ke sumber air paip, tidak memerlukan untuk mengisi tangki air secara manual.
- Sesetengah mesin penulenan air juga menawarkan pilihan air panas dan sejuk, menjadikannya pelbagai guna.
- Lebih kos efektif dalam jangka masa panjang kerana ia bukan sahaja menghasilkan air hidrogen, tetapi juga didatangkan dengan ciri penulenan pintar tambahan berbanding botol air hidrogen mudah alih dan penjana air hidrogen.
Kelemahan Mesin Penulenan Air Hidrogen:
- Mereka memerlukan elektrik untuk beroperasi, menyebabkan tidak mudah untuk dibawa kemana-mana berbanding botol air mudah alih.
- Ianya boleh menjadi besar dan memakan ruang kaunter.
- Ianya memerlukan penyelenggaraan tetap, seperti menggantikan penapis.
HYDROMI mungkin pilihan yang tepat untuk anda. Direkaciptakan oleh Bio Pure, sebuah syarikat yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam teknologi penapisan air, HYDROMI ialah mesin pertama seumpamanya di Malaysia yang menggunakan teknologi Korea dan Amerika untuk menghasilkan air osmosis songsang (R.O.) yang kaya dengan hidrogen untuk penggunaan harian di rumah. Produk Bio Pure telah dianugerahkan pensijilan WQA Amerika Syarikat dan dipercayai oleh lebih 3 juta pengguna di seluruh dunia.
Proses penapisan HYDROMI menggunakan teknologi gred angkasa (teknologi Osmosis Songsang) sama seperti yang digunakan oleh NASA, memastikan hampir kesemua bahan cemar, termasuk bakteria, virus, mikroorganisma dan logam berat, disingkirkan. Proses ini menghasilkan 100% air R.O. tulen tanpa bahan sampingan kimia, seperti ozon atau klorin, yang boleh menjejaskan kualiti dan rasa air.
Hydromi menggunakan teknologi membran Amerika dan elektrolisis yang canggih untuk mengasingkan hidrogen dan oksigen dan menghasilkan air kaya hidrogen dengan kepekatan setinggi 900-1,000ppb. Kepekatan ini melebihi 500ppb Kepekatan Efektif Minimum (MEC) yang disyorkan oleh Persatuan Piawaian Hidrogen Antarabangsa (IHSA).
Walaupun pada umumnya disyorkan untuk minum air hidrogen dalam masa 30 minit untuk mengelakkan gas daripada tersejat, air R.O. yang kaya dengan hidrogen HYDROMI telah terbukti dapat mengekalkan kepekatan hydrogen yang tinggi walaupun selepas 30 minit.
Dengan memilih HYDROMI, anda boleh menikmati banyak manfaat kesihatan daripada meminum air yang kaya dengan hidrogen, termasuk sifat antioksidan, antipenuaan, antikeradangan dan antialahan.