Air adalah jantung (dan jiwa) semua makhluk hidup di Bumi. Manusia dapat bertahan selama beberapa minggu tanpa makanan pejal tetapi tidak boleh bertahan lama tanpa air. Ianya juga sama seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jadi kenapa air yang bersih dan elok sukar ditemui? Jika anda berpendapat bahawa mineral di dalam air mineral merupakan manfaat tambahan dalam air minuman, fikirkan sekali lagi! Mineral-mineral di dalam air adalah tidak organik, tidak seperti mineral-mineral organik yang dijumpai di dalam sumber makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang senang diserap oleh badan kita. Dalam jangka hayat 70 tahun, anda mungkin telah termakan kira-kira 200 hingga 300 paun batu-batan yang tidak dapat digunakan oleh badan anda!