Adakah air minuman anda selamat? Adakah anda sering mendapati diri anda bertanya begitu? Air minum yang selamat adalah sesuatu yang sering kita anggap remeh, sehingga krisis seperti pencemaran air Sungai Kim Kim pada bulan Mac 2019, membuat kita tertanya-tanya bahan kimia apakah yang mungkin tersembunyi di dalam paip. Kira-kira 6,000 orang terjejas disebabkan pencemaran air di mana para pelajar dari sekolah-sekolah di daerah Pasir Gudang mengadu mual, muntah, dan pening, yang menyebabkan penutupan sementara sekolah-sekolah di daerah itu. Walaupun sekarang jelas bahawa Sungai Kim Kim kini dipulihara anda masih harus waspada terhadap bahan cemar yang mungkin terdapat di paip, kepala paip, atau bekalan air tempatan anda.